KITA perlu sedar, cabaran untuk mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020 bukanlah suatu perkara yang mudah.
Kesihatan juga diukur sebagai satu petunjuk tahap kemajuan sesebuah negara serta kesejahteraan rakyatnya.
Dunia sedang berhadapan masalah penyakit tidak berjangkit akibat gaya hidup tidak sihat yang diamalkan oleh masyarakat sekarang.
Diabetes adalah merupakan salah satu daripada ancaman penyakit tidak berjangkit yang dinyatakan di atas
.
Diabetes disyaki apabila paras glukosa dalam darah seseorang melebihi daripada paras normal dan diagnosa akan disahkan melalui ujian Oral Glucose Tolerance Test (OGTT).
Umum mengetahui bahawa diabetes mengakibatkan komplikasi seperti kerosakan pada buah pinggang, jantung, mata dan saraf. Selain itu, pesakit diabetes juga berisiko tinggi mendapat penyakit hipertensi dan serangan jantung.
Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan sejak tahun 1986 hingga kini, serta Global Non-Communicable Disease Report 2014 menunjukkan rakyat negara kita juga tidak terkecuali daripada penularan penyakit ini.
Jumlah penghidap diabetes di Malaysia mahupun seluruh dunia menunjukkan peningkatan saban tahun dan lebih ketara dilaporkan berlaku di negara-negara berpendapatan rendah serta sederhana.
Pada 2006, 11.6 peratus penduduk negara ini menghidap diabetes. Terdapat peningkatan sebanyak 3.6 peratus pada 2011 menjadikan peratusan pesakit diabetes 15.2 peratus dan seterusnya meningkat kepada 17.5 peratus pada 2015.
Peratusan ini sangat tinggi berbanding dengan beberapa negara lain di Asia Timur. Sebagai contoh, walaupun China mempunyai 96 juta pesakit tetapi meliputi hanya 9.2 peratus daripada penduduknya.Begitu juga India, mempunyai 66 juta pesakit, iaitu 8.6 peratus daripada jumlah penduduknya.
Data di atas menjadikan seramai 3.5 juta penduduk dewasa di Malaysia menghidap diabetes dan daripada jumlah tersebut, separuh (9.2 peratus) tidak mengetahui bahawa mereka menghidapi penyakit tersebut.
Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia bukan sahaja merupakan populasi yang tidak sihat, tetapi yang lebih membimbangkan adalah ramai dalam kalangan masyarakat kita tidak mengetahui bahawa mereka adalah penghidap diabetes.
Impak penyakit diabetes terhadap negara adalah besar. Negara dibebankan dengan bukan sahaja kos untuk sistem penjagaan kesihatan, tetapi kerugian ekonomi akibat kehilangan produktiviti dan kesejahteraan hidup pesakit.
Kekerapan pekerja bercuti sakit, kurang berupaya untuk menghasilkan kerja yang optimum dan bekerja dalam keadaan yang lemah serta kurang bersemangat akan meninggalkan kesan kepada produktiviti dan pulangan kepada ekonomi negara.
Ini belum mengambil kira impak besar terhadap ekonomi keluarga akibat kematian pra matang disebabkan oleh komplikasi serangan jantung atau strok.
Bahagian Perkhidmatan Farmaseutikal, Kementerian Kesihatan dalam laporan bertajuk The Cost Of Diabetes Care for Ambulatory Patients in Malaysian Ministry Of Health Facilities 2011-2012 menyatakan, anggaran purata kos langsung rawatan bagi setiap pesakit Diabetes Mellitus ambulatori setahun ialah RM2,684.
Ini bermakna jika separuh daripada 3.5 juta penghidap diabetes mendapat rawatan, kos yang dibelanjakan hanya untuk rawatan akan mencecah sehingga RM4 billion.
Secara purata, seorang pesakit diabetes yang mengalami kegagalan buah pinggang perlu membelanjakan tambahan RM1,400 hingga RM3,200 sebulan untuk menjalani dialisis.
Selaras dengan Global NCD Target 2025, Kementerian Kesihatan telah menetapkan sasaran untuk mengekalkan peratus diabetes di paras kurang daripada 15 peratus menjelang tahun 2025.
Perubahan tingkah laku masyarakat kepada amalan dan gaya hidup yang lebih sihat memainkan peranan utama untuk mengawal dan mencegah diabetes.
Gaya hidup sihat yang dimaksudkan adalah melakukan aktiviti fizikal secara tetap mengikut saranan, mengekalkan berat badan unggul dan mengamalkan diet yang seimbang.
Individu yang berumur 30 tahun dan ke atas disarankan menjalani ujian saringan penyakit tidak berjangkit, termasuk diabetes sekurang-kurangnya sekali setahun dan lebih kerap jika mempunyai faktor risiko lain.
Saringan berkala ini wajar kerana diabetes tidak menunjukkan tanda atau gejala di peringkat awal. Malangnya, budaya menjalani saringan kesihatan bukanlah budaya yang popular di Malaysia.
Adalah amat penting bagi masyarakat Malaysia untuk mengubah minda daripada sikap tidak peduli dan ‘lebih baik tidak tahu’, kerana apabila diabetes telah terjadi, tiada yang dapat menyekat berlakunya komplikasi seperti kegagalan buah pinggang, strok, serangan jantung dan pemotongan kaki kecuali dengan rawatan awal dan berterusan.
Hari Kesihatan Sedunia disambut pada 7 April setiap tahun sempena ulang tahun kewujudan Pertubuhan Kesihatan Sedunia sejak tahun 1948.
Diabetes telah menjadi tema sambutan tahun ini dengan slogan Tumpaskan Diabetes: Tingkatkan Pencegahan, Kukuhkan Rawatan dan Mantapkan Saringan.
Majlis pelancaran peringkat kebangsaan akan diadakan pada 7 April 2016 di Dewan Serbaguna, Taman Seri Keramat AU2, Taman Keramat, Kuala Lumpur yang akan dirasmikan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam.
Pelbagai aktiviti akan dijalankan pada hari tersebut seperti aktiviti senaman, seminar diabetes, pameran dan juga saringan kesihatan. Buku Clinical Practice Guideline for Management of Type 2 Diabetes 2015 yang akan diguna pakai sebagai dokumen rujukan rasmi dalam merawat pesakit diabetes akan turut dilancarkan pada hari itu.
Diabetes menular dalam kalangan remaja
DIABETES merupakan penyakit tidak berjangkit yang turut mengancam nyawa golongan muda berusia 18 tahun dan ke atas.
Pakar Perunding Endokrin, Jabatan Perubatan Hospital Putrajaya, Dr. Zanariah Husin berkata, statistik yang dikeluarkan melalui kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 menunjukkan 17.5 peratus rakyat di negara ini yang berusia 18 tahun dan ke atas menghidap penyakit diabetes.
Katanya, angka tersebut amat membimbangkan apatah lagi separuh daripada statistik tersebut menunjukkan bahawa penghidapnya tidak mengetahui mereka menghidap penyakit tersebut.
“Diabetes jenis 2 pada asalnya merupakan penyakit ‘eksklusif’ orang dewasa khususnya mereka yang berusia 40 tahun ke atas.
“Bagaimanapun setelah semakin ramai kanak-kanak yang mengalami berat badan berlebihan, ditambah dengan tidak aktif bergerak, diagnosis diabetes jenis 2 dalam kalangan golongan ini semakin meningkat.
“Sebahagian peningkatannya juga dipercayai daripada pemakanan, makanan diproses tinggi lemak dan berserat rendah dan tidak ketinggalan amalan gaya hidup yang tidak sihat.
“Remaja yang menghidap penyakit ini akan berdepan dengan keadaan tersebut seumur hidup mereka, bagaimanapun sekiranya dapat dikesan pada peringkat awal ia masih boleh dirawati dan ada sesetengah kes pesakit akan bebas sepenuhnya daripada penyakit ini,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Mengenai cara rawatannya, Dr. Zanariah membahagikan kepada dua cara, iaitu rawatan bukan ubat dan rawatan dengan ubat-ubatan.
“Untuk rawatan bukan ubat, pesakit perlulah memastikan pemakanan harian yang diambil adalah sihat dan memastikan diet harian teratur.
“Selain itu pesakit juga perlu melakukan aktiviti fizikal seperti senaman dan tidak ketinggalan pemantauan tahap gula darah secara teratur.
“Bagi rawatan secara pengambilan ubat pula, pesakit boleh mengambil ubat oral atau pun melalui suntikan tetapi berdasarkan pada tahap penyakit tersebut,” kataya.
Ternyata apa jua jenis penyakit yang dihidapi, sekiranya dapat dikesan pada peringkat awal bukan sahaja dapat dirawat malah tinggi peluangnya untuk sembuh.

Oleh yang demikian, jalani ujian saringan pada kadar segera dan kepada golongan warga emas mereka digalakkan melakukannya setahun sekali untuk mengetahui tahap kesihatan badan masing-masing.
SUMBER: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/beban-penyakit-diabetes-1
No comments:
Post a Comment